HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Ogos 2015

Setiap parti perlu dedah sumber kewangan

Setiap parti perlu dedah sumber kewangan
SINAR HARIAN


Azlan Man
Azlan Man
 
 
KANGAR - Timbalan Pengerusi BN dan juga Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man mahu semua parti politik di negara ini mendedahkan sumber kewangan parti masing-masing.
  
Katanya tidak adil untuk pembangkang meminta BN atau Umno sahaja yang berbuat demikian sedangkan mereka dikecualikan.
  
Azlan yang juga Menteri Besar Perlis berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini hari ini.
  
Katanya cadangan itu pernah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno tetapi ditolak oleh pembangkang.
  
"Kalau parti-parti pembangkang mahu Umno dan BN mendedahkan sumber kewangannya, mereka juga perlu bersedia melakukan perkara sama," kata Azlan.
  
Katanya dana kewangan Umno bertujuan mengukuhkan kedudukan parti itu.
  
"Tak kiralah dana itu diperoleh dari sumber luar atau dalam negara selagi dibenarkan oleh undang-undang. Kalau tidak ada dana, bagaimana parti hendak bergerak," tambahnya.


Beliau berkata cadangan Perdana Menteri bagi membolehkan parti-parti politik di Malaysia mendedahkan nama penyumbang kepada parti mereka seperti yang diamalkan oleh beberapa negara maju tetapi parti pembangkang tidak bersetuju.
  
Mengenai jamuan hari raya yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan, Azlan berkata ia bukan pembaziran kerana majlis seumpama itu mampu mendekatkan hubungan agensi-agensi terbabit dengan masyarakat.
  
Majlis anjuran MPK itu turut dihadiri anggota Ahli Majlis Perbandaran Che Bilang, Satun dan Padang Besar dari Selatan Thailand. -Bernama


Tiada ulasan: