HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Ogos 2015

Polis soal siasat pengarah SPRM

MALAYSIAKINI


 


Polis menyoalsiasat Pengarah SPRM (Operasi khas) Bahri Mohamad Zin di pejabatnya di Putrajaya.

Dipercayai ianya berkaitan dengan dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Tiga pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tiba di ibupejabat SPRM pada jam 2.45 petang manakala pegawai SPRM berkenaan tiba pada jam 3.10 petang.

Kira-kira 30 wartawan yang hadir, telah diarahkan untuk menunggu di luar ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini, polis menahan tiga orang berhubung dengan kes tersebut.

Mereka ialah bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh; pegawai Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairy.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.


Tiada ulasan: