Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu, langkah susulan itu perlu selepas pihaknya mendapat penjelasan dan pengesahan penderma dari Timur Tengah yang menyalurkan dana berkenaan.
"SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
"Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta memberi
penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM,"
kenyataan itu dipetik.
Menjelaskan lebih lanjut, SPRM berkata, butiran penderma diketahui melalui dokumen yang diambil dari bank.
"Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila
jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.
"Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," menurut kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan