IKHWAN HAZWAN
Ahmad, boleh dikatakan semua sebaran seperti poster tentangnya yang direka oleh pihak berkenaan adalah fitnah dan berniat jahat.
KUALA LUMPUR, “Saya kata ABC mereka lapor XYZ,” kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai
tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial yang telah
mengubah suai, menokok tambah, mereka-reka, memfitnah dan memutar belit
kenyataannya sebelum ini.
Jelas Ahmad, boleh dikatakan semua
sebaran seperti poster tentangnya yang direka oleh pihak berkenaan
adalah fitnah dan berniat jahat.
Ujarnya, beberapa pemimpin UMNO telah
membuat penafian dalam media sosial tentang kenyataan mereka telah
diubah suai dan malangnya kenyataan berkaitan telah diviralkan oleh
pelbagai pihak terutama oleh kumpulan berkenaan.
“Bila minyak naik sepuluh sen maka mereka
‘spin’ konon saya sebut KFC masih penuh, mana rakyat ada terbeban
tetapi ia terbukti saya tidak pernah sebut kenyataan itu dan mereka
sanggup membuat akaun Facebook palsu seolah-olah saya yang menyebutnya.
“Harapan kita ialah jangan mudah percaya
kepada poster, tulisan, gambar, kenyataan yang berbunyi pelik, sensasi
dan meragukan yang kononnya datang daripada pimpinan Umno.
“Semak dulu, bertanya dan jangan mudah
percaya serta jangan mudah menyebarkan segala-gala yang diperolehi
melalui media sosial,” katanya menerusi blognya ahmadmaslan.my, hari
ini.
Tambah Ketua Penerangan Umno itu lagi,
atara sumber pihak yang suka ‘spin’ kenyataan pimpinan Umno itu sama ada
daripada ucapan yang sebenarnya membawa maksud lain, tajuk media cetak
yang sensasi atau ketika ditemuramah yang secara tanpa disedari oleh
pimpinan itu bertujuan untuk di’spin’ semula apa yang dikatakan.
Katanya, tujuan mereka ‘spin’ kenyataan,
membuat poster fitnah, mengadakan yang tiada dan meniadakan yang ada itu
adalah untuk menimbulkan kebencian, membunuh karektor untuk
menghilangkan wibawa dan kepercayaan kepada pemimpin dan parti Umno.
“Kepada mereka yang sengaja ‘spin’ ABC
jadi XYZ itu, ingatlah bahawa saudara saudari tidak akan berjaya dalam
usaha-usaha jahat kerana kebenaran akhirnya akan mengatasi kebatilan,
kejujuran akan mengatasi kejahatan dan kesabaran akan mengatasi
kedurjanaan,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan