HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Ogos 2015

Selepas tujuh tahun, akhirnya Hospital Shah Alam siap

 
Akan dibuka Oktober ini untuk pesakit luar manakala operasi sepenuhnya bermula Januari tahun depan.


hospital-shah-alam


SHAH ALAM: Hospital Shah Alam yang dihantui pelbagai kontroversi menyebabkan pembinaannya ditangguhkan beberapa kali, akhirnya siap dan bersedia dibuka kepada orang ramai.

Hospital yang terletak di Seksyen 7 itu akan mula operasi pada Oktober ini secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata, kos keseluruhan untuk menyiapkan hospital itu berjumlah RM549 juta.

“Kita akan mula pada oktober ini untuk perkhimatan pesakit luar sahaja, manakala operasi sepenuhnya penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Segala peralatan sudah ada cuma sekarang kita sedang melakukan pemeriksaan sebelum ia digunakan untuk operasi sepenuhnya,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hospital Shah Alam oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa.

Subramaniam berkata, projek pembinaan bermula pada 2007 di bawah kendalian kontraktor Sunshine Fleet Sdn Bhd sehingga ia ditukar kepada kontraktor Gadang Engineering (M) Sdn Bhd.

Pembinaannya dilanda kontroversi sejak kerja-kerja pembinaan mula dijalankan pada 2007 apabila beberapa kali tertangguh. Mengikut perancangan asal, Hospital Shah Alam yang menyediakan 300 katil itu sepatutnya siap dibina pada 2011.

Tiada ulasan: