HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Ogos 2015

Kalau jeneral negatif, macam mana nak menang perang – Ahmad Maslan

 
Sikap negatif jeneral secara tidak langsung akan melemahkan semangat askar untuk terus berjuang


ahmad-maslan,pemimpin


PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegur pemimpin parti yang sering memberi gambaran negatif terhadap keupayaan parti itu.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemimpin UMNO tidak sepatutnya menjadi jeneral yang kalah sebelum perang.

Katanya, gambaran negatif yang diberikan berhubung keupayaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang hanya akan melemahkan semangat segala askar dan pejuang dalam parti.

“Jika seorang jeneral perang sentiasa menyebut yang negatif contohnya dalam perang ini kita akan kalah, maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang.

“Tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal.

Dtanya tentang kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut: “Jika esok diadakan PRU, maka BN akan kalah”.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, ‘esok’ tidak perlu lagi diadakan PRU, masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018.

Namun, beliau berkata, ‘esok’ sudah boleh dimulakan persiapan untuk PRU itu.

Tiada ulasan: