ADNAN MOHAMAD
Pengarah Bahagian
Pendidikan Masyarakat SPRM Putrajaya, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil
(duduk, kiri) dan Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Ab Aziz Aban pada sidang
media selepas majlis Aidilfitri di Kota Bharu, hari ini. -Foto TRP
Adnan Mohamad
KOTA BHARU, Tiada undang-undang khusus bagi
membolehkan mana-mana pihak untuk mendedahkan pihak yang didakwa
memindahkan RM2.6 bilion dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin
Mohd Jamil berkata, ketiadaan akta khusus itu juga menyebabkan tiada
undang-undang yang menyatakan menjadi suatu kesalahan jika memasukkan
sejumlah wang kepada ahli politik.
“Derma kalau di bawah takrif suapan
adalah satu takrif suapan di bawah Akta SPRM, cuma isu yang kita kaitkan
itu adalah derma politik di mana kita tidak mempunyai undang-undang
khusus.
“Berbanding India dan Indonesia, mereka
mempunyai akta berkenaan menyebabkan semua ahli politik termasuk
pembangkang perlu memaklumkan sebarang dana dan tujuan yang diperoleh
daripada mana-mana pihak dalam tempoh 30 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang
media selepas Majlis ‘Luncheon Talk’ dan Sambutan Aidilfitri SPRM
bersama Sektor Swasta. Turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd
Aziz Aban.
SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan
hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion itu juga sudah dirujuk dan
dimaklumkan kepada Peguam Negara.
“SPRM sebenarnya tidak terbabit dalam
siasatan 1MDB, sebaliknya hanya terbabit dalam siasatan berkaitan SRC
International Sdn Bhd.
“Ramai yang beranggapan SPRM menyiasat
isu 1MDB, sedangkan kami tidak terbabit langsung dengan perkara itu.
1MDB disiasat polis dan saya meminta masyarakat tidak mengaitkan SPRM
dengan 1MDB,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Lujnah
Penerangan, Dakwah dan Pendidikan PAS Pasir Puteh dan NGO Royalti turut
menyerahkan memorandum sokongan kepada SPRM supaya terus melaksanakan
tugas dengan lebih baik, tidak berputus asa dan telus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan