SANDRA SOKIAL
Sekumpulan lelaki
bersenjata menyerbu sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan
melarikan pemiliknya Thien Nyuk Fun dan salah seorang pelanggan Bernard
Thed Ten Fen pada 14 Mei tahun lalu.
KOTA KINABALU, Kumpulan penculik yang melarikan dua rakyat Malaysia daripada sebuah restoran makanan laut terkenal di Sandakan meminta wang tebusan dalam jumlah yang melampau.
Rundingan setakat ini berjaya
mengurangkan jumlah wang tebusan yang diminta daripada RM60 juta kepada
separuh dari jumlah berkenaan untuk kedua-dua tebusan, namun Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berharap ia akan terus
dikurangkan.
“Diharap jumlah itu dapat dikurangkan
lagi kerana jumlah RM30 juta untuk seorang tebusan adalah melampau.
Mereka tidak mampu bayar. Orang lain juga tidak mampu.
“Rundingan terus berjalan dan buat masa
ini, jumlah berkenaan berjaya dikurangkan 50 peratus. Kita mengharapkan
ihsan daripada mereka agar tidak mempergunakan rakyat di negara ini
sebagai tebusan untuk mendapatkan wang. Fikirkan tentangnya.
“Perkara ini adlaah tidak wajar, seluruh
dunia tidak suka dengan apa yang berlaku. Ia tidak adil untuk melayan
orang lain sebegitu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan
Aidilfitri polis Kontinjen negeri di Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan,
hari ini.
Jalaluddin berkata, pihaknya memantau
perkembangan dua tebusan terbabit dan menambah terdapat komunikasi
antara kumpulan terbabit dengan ahli keluarga mangsa.
Katanya, kumpulan terbabit menjaga
keperluan perubatan tebusan, memandangkan salah seroang daripada mereka
menghidap kencing manis.
“Polis turut mengadakan kerjasama dengan
pihak Filipina untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan dan mengenal
pasti kumpulan yang terlibat.
“Kumpulan terbabit berada di kawasan pendalaman di Selatan Filipina. Sukar untuk menjejaki mereka,” katanya.
Pada 14 Mei lalu, sekumpulan lelaki
bersenjata menyerbu sebuah restoran makanan laut di Sandakan dan
melarikan pemiliknya Thien Nyuk Fun dan salah seorang pelanggan Bernard
Thed Ten Fen.
Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata, polis masih menunggu Doris Jones yang kini berada di UK untuk pulang ke Sabah
“Sebarang berita kepulangannya di Labuan atau di sini, maklumkan kepada saya. Kita akan tunggunya di lapangan terbang,” katanya.
Tambahnya, tindakan hanya boleh diambil
‘sebaik sahaja Doris pulang ke Malaysia’ dan berkata waran tangkap telah
dikeluarkan pada 16 Januari lalu meletakkan Doris dalam senarai
dikehendaki polis di bawah Akta Hasutan namun ia hanya berkuatkuasa
dalam negara.
Pada Februari, Jalaluddin mengumumkan
polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Doris Yapp Kim Young, 45 yang
mana alamat terakhirnya adalah di Labuan bagi kesalahan di bawah Akta
Hasutan.
Doris dipercayai adalah dalang disebalik
akaun Facebook ‘Sabah Sarawak Kelaur Malaysia’ yang diwujudkan bagi
memberi ‘kesedaran’ kepada hak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari
Malaysia.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/05/permintaan-tebusan-penculik-di-sabah-melampau-kp-sabah/#ixzz3hwEneZct
Tiada ulasan:
Catat Ulasan