KUCHING: Mahkamah Majistret hari ini membebaskan 2 pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki dipercayai “bookie” yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.
Perintah pembebasan itu dikeluarkan Majistret Sandy Yvette Freddy dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketiga-tiga lelaki itu yang berumur lingkungan 28 hingga 34 tahun sebelum ini direman 6 hari bermula 15 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai terlibat mengaturkan perlawanan antara Sarawak menentang Felcra FC pada 10 Februari.
Ketiga-tiga mereka diwakili masing-masing peguam Ahmad Dzulfadli Abang Hamdan, Saifunnizam Sam dan Irawan Sudarsono manakala SPRM diwakili Pegawai Penyiasat SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.
SPRM: Pemain badminton disiasat BWF bukan di bawah BAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan