HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Februari 2018

Mansuh Akta Hasutan

DETIK DAILY

 
Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

Esok, Mahkamah Persekutuan akan menentukan nasib Adam Adli Abd Halim dalam kesnya berkaitan Akta Hasutan. Akta Hasutan haruslah dimansuhkan, tidak kira ia digunakan terhadap sesiapa pun. Ia bertentangan dengan prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akta Hasutan ini undang-undang zaman penjajah Inggeris yang diguna terhadap ramai pejuang kemerdekaan.

Tambah lagi, penggunaan Akta Hasutan kini yang tertumpu kepada pembangkang atau aktivis yang lantang mengkritik Umno-Barisan Nasional harus dipersoal kerana kegunaannya yang bersifat terpilih.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun akhirnya membuat pusingan U dan tunduk kepada tekanan Umno untuk mengekalkannya.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional haruslah berhenti mengugut rakyat dan menjawab segala persoalan yang disuarakan dengan hujah dan fakta. Kami menggesa pihak kerajaan untuk berhenti berselindung di sebalik undang-undang yang lapuk itu.

Adam Adli merupakan ikon anak muda yang berwawasan dan mempunyai jati diri yang cekal. Saya yakin walau apa pun keputusan, beliau akan tetap teguh dengan perjuangan menentang kezaliman.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah ketua AMK dan ketua Pemuda Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: