HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Februari 2018

PSM juga akan kacau peluang PH di Cameron Highlands, kata DAP

 
Bekas calon DAP M Manogaran berkata pengundi mahukan pertandingan 1 lawan 1 dan parti-parti lain yang menyertai pertandinga itu akan dilihat sebagai pengacau.


M-Manogaran-1

PETALING JAYA: Bekas calon DAP bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran, merayu Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands untuk tidak mengacau peluang pembangkang merampas kerusi Parlimen dari Barisan Nasional (BN).

Perkembangan ini menyusuli tuduhan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bahawa PAS akan menjadi pengacau jika parti itu meletakkan calon di 1 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN milik DAP di Perak.

Nga mendakwa PSM mahu memecahkan undi pembangkang dalam pertandingan 3 penjuru melibatkan BN dan Pakatan Harapan.

Manogaran khuatir hasrat aktivis PSM, B Suresh untuk bertanding kerusi Cameron Highlands dan kerusi DUN Jelai, Pahang.

“PSM tidak bertanding di Cameron Highlands atau Jelai pada pilihan raya umum 2013 (PRU13). Parti itu enggan menyokong saya sehinggalah hari-hari terakhir apabila mereka menukar pendirian dan mendakwa menyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

“Saya tewas 462 undi tetapi tiada analisis diadakan sama ada saya akan menang jika PSM benar-benar menyokong saya.”

Manogaran menang kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum 2008 tetapi partinya memindahkan beliau ke Cameron Highlands pada PRU13. Beliau menang kerusi Teluk Intan dengan menewaskan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dengan majoriti 1,470 undi.

Pada 2013, Manogaran ditewaskan calon BN, Datuk Seri G Palanivel, yang ketika presiden MIC, dengan perbezaan 462 undi.

Manogaran menegaskan kerusi itu akan dimenanginya jika lebih awal dimaklumkan keputusan meletakkan beliau di Cameron Highlands.

Musuh sebenar

Menurut Manogaran, pengundi mahukan pertandingan 1 lawan 1 dan parti-parti lain yang menyertai pertandingan itu akan dilihat sebagai pengacau.

“Mana-mana parti yang menjadikan pertandingan itu 3 penjuru atau lebih sama ada akan berjaya merumitkan keadaan untuk Pakatan Harapan atau akan diajar oleh pengundi yang marah,” kata Manogaran.

Beliau mengingatkan PSM bahawa musuh sebenar mereka ialah BN.

“Semua parti ada hak untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya, atau ahli parti akan rasa kehilangan arah. Bagaimanapun, PSM mesti terus mendekati pimpinan PH.

“Sementara itu, saya minta PSM jangan bertanding di Cameron Highlands jika mereka benar-benar bersetuju sasaran kita mestilah menewaskan BN. Saya bukan musuh mereka.”

Tiada ulasan: