Ia dipercayai dilakukan wanita Muslim tersebut ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu lalu dan turut diraikan oleh masyarakat Cina yang menganut ajaran tertentu dengan upacara keagamaan tersendiri.
Jika bertudung, pastinya dia beragama Islam dan yang lebih mengejutkan lagi ialah dia tidak hanya keseorangan kerana terdapat beberapa lagi gadis bertudung menyaksikan ‘upacara’ tersebut.
Disebabkan ia telah tular dalam kalangan pengguna media sosial, pihak bertanggungjawab di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menghentikan isu tersebut.
Pejabat tersebut memaklumkan, sebagai orang Islam yang patuh dengan perintah Allah, pastinya Muslim sudah tahu perkara yang boleh membuatkan iman terbatal dan mendapat kemurkaan daripada-Nya.
Apatah lagi berdasarkan video tular itu menunjukkan seolah-olah gadis Islam itu seperti menilik nasib walhal hukum isu itu jelas haram dan merupakan dosa besar kerana hanya Allah sahaja Maha Tahu perkara yang ghaib.
Allah malah turut telah berfirman menerusi al-Quran yang bermaksud;
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja,” (Ayat 59, Surah al An’am).
“Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” (Ayat 65 Surah al-Naml).
Selain itu, Allah telah perintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan amalam tenung nasib kerana Allah turut telah berfirman dalam surah al-Ma’idah bermaksud;
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang disembelih kerana yang lain dari Allah.
“Dan yang mati tercekik, dipukul, jatuh dari tempat tinggi, ditanduk, dan dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala;
“Dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik…”
Pejabat mufti itu turut menjelaskan Hadis Rasulullah SAW menyatakan bahawa setiap Muslim dilarang sama sekali meniru gaya, kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali sebagai syiar ataupun simbol menyerupai agama lain.
Ini kerana ia boleh menimbulkan salah sangka orang lain terhadap individu yang menyerupai agama lain tersebut.
Dalam masa yang sama, perbuatan gadis tersebut menurut pejabat mufti tersebut, turut merupakan satu bentuk tasyabbuh (penyerupaan) dengan ritual agama lain yang diharamkaan oleh agama Islam sendiri.
Jika tujuan gadis itu semata-mata untuk mempelajari sesuatu yang baharu, maka ianya tetap satu dosa besar kerana terdapat banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan untuk proes pembelajaran.
Bagaimanapun, menurut wakil di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka beranggapan bahawa gadis itu kemungkinan juga langsung tidak tahu tentang hukum hakam agama Islam sendiri.
Berdasarkan pengamatan ramai netizen, alat yang digunakan oleh gadis berkenaan malah ialah sejenis alat menilik nasib dan ia disebut sebagai kau cim.
Ia sering ditemui di kebanyakan tokong jika ada individu yang mahu menilik nasib dan dia perlu mengoncangkan batang-batang buluh kecil di dalam bekas itu sehingga ia tercampak keluar.
Di setiap batang buluh ketil itu sudah tertulis maklumat tentang ramalam dan kemudiannya akan diperjelaskan oleh pakar di situ ataupun sami.
Selain Kau Cim, satu lagi alatan yang digunakna oleh gadis tersebut ialah Pwak Pwee (disebut puak pui) yang turut dikenali sebagai Jiaobei.
Ia merupakan ritual yang melibatkan dua bentuk kayu yang agak menyerupai bentuk bulan sabit dan dilontarkan ke tanah ataupun lantai bagi meminta petunjuk daripada dewa.
Kesemua jawapan bergantung kepada kayu yang terjatuh sama ada ianya depan (terbuka) atau belakang (tertutup). Jika satu terbuka dan yang lain tertutup, ia memberi maksud sebagai Shi Pui iaitu positif.
Namun jika kedua-duanya terbuka, bermaksud dewa atau dewi tertawa yang membawa maksud negatif tetapi jika tertutup, ia turut membawa maksud dewa dewi marah yang jawapanya ialah Ba Pui iaitu turut negatif.
Netizen dalam pada itu turut tidak terlepas untuk ‘menabur garam’ dengan menghentam gadis berkenaan dan turut mengelurkan kata-kata kesat ke atas dirinya.
Perkara itu sudah diketahui sebagai satu perbuatan salah tetapi sebagai orang yang menonton serta sebagai individu yang lebih mengetahui hukum, janganlah terus mengkritik kerana seeloknya berikan teguran sepatutnya.
Ini supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dan boleh dilihat sebagai pengajaran buat yang lain tetapi janganlah sehingga menjadi satu punca pergaduahan antara penganut agama masing-masing.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam, kita dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada apa-apa bentuk fitnah ataupun tohmahan yang boleh menjurus ke arah itu. – MYNEWSHUB.CC/AH
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan