DETIK DAILY
Oleh AILMI ZAKARYA
SIK: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi
Sulaiman menyifatkan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin Umno-BN kini
terlalu cuai menjaga kebajikan rakyat dan berbeza langsung dari semasa
pemerintahan PAS dahulu di bawah Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak.
Beliau mengutarakan beberapa usaha diperkenal ke atas rakyat semasa
ditadbir PAS antaranya Skim Kafalah yang membantu meringankan beban
waris keluarga si mati, selain sejumlah peruntukan kepada guru-guru
mengajar al-Quran dan bidan kampung kerana merai sumbangan golongan itu.
Paling besar katanya, kejayaan almarhum membina Kampus Tetap Kolej
Universiti Insaniah di Kuala Ketil yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah,
di mana usaha itu menunjukkan PAS sentiasa dan akan terus menjaga
kebajikan serta kesejahteraan rakyat mengikut tuntutan digariskan
syarak.
"PAS tidak memilih siapa yang akan diberikan bantuan, asalkan dia layak
menerima bantuan maka kita PAS akan bantu walaupun berlainan ideologi
politik," jelasnya semasa berucap pada Himpunan Fastaqim PAS Peringkat
Kawasan Sik di Tapak Pasar Malam Gulau, di sini kelmarin.
Beliau dalam pada itu berharap angin perubahan politik yang bertiup
kencang di Kedah ini akan menumbangkan Umno dan digantikan dengan PAS
hingga segala usaha ke atas rakyat dapat dikembalikan semula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan