HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2018

'Jangan undi dacing, jangan undi bulan'

AKHBAR RAKYAT



PEKAN - "Jangan undi dacing, jangan undi bulan," kata Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum, di sini, petang semalam

Menurutnya, untuk memastikan Harapan menang PRU14, sokongan masyarakat Orang Asli diperlukan.

"Jangan undi dacing, jangan undi bulan. Dan bulan itu sebagai pengacau untuk menarik undi Pakatan Harapan.


"Bulan ini tidak boleh menang, dia buat kacau sahaja. Bulan ada untuk sokong BN," katanya.
Sementara itu, Mahathir berkata, Harapan berjanji akan menjaga kepentingan Orang Asli jika menang PRU14 nanti.

Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan dalam manifesto Harapan bagi membela hak Orang Asli, sekali gus memastikan kehidupan mereka lebih terjamin.

Katanya, kegiatan perlombongan dan pembalakan menyebabkan komuniti Orang Asli hilang punca pendapatan dan sumber makanan.
"Orang Asli perlukan hutan kerana itu sumber pendapatan mereka. Kegiatan dan perlombongan telah memberi kesan kepada kehidupan penduduk, malah mereka hidup di dalam debu.

"Pakatan Harapan akan berusaha untuk mengurangkan, malah sebaiknya menghentikan kegiatan-kegiatan ini demi menjamin kehidupan yang lebih baik buat penduduk khususnya Orang Asli," katanya ketika berucap di hadapan masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum.

Mahathir menghabiskan masa kira-kira 30 minit dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali bersama pemimpin tempatan dan penduduk kampung.

Tiada ulasan: