Orang ramai diingatkan agar berhenti menyebarkan gambar
serta video banjir dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp
kerana ia adalah kejadian yang berlaku di Terengganu beberapa tahun
lepas.
"Saya sendiri menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai gambar dan video tersebut sedangkan lokasi tersebut tidak dilanda banjir lagi setakat ini.
"Begitu juga dengan penyebaran pelbagai maklumat tidak tepat mengenai ribut tropika Pabuk kononnya akan melanda Terengganu, sedangkan perkara itu dijangka tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan di pantai Batu Buruk hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan pagi ini, masih ada orang awam yang mendekati pantai walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan nasihat agar mereka tidak berada di kawasan pantai kerana angin kencang dan laut bergelora susulan ribut tropika Pabuk ketika ini.
Che Adam berkata ketika
ini, hujan lebat sedang berlaku di sesetengah tempat dengan kelajuan
angin antara 20 hingga 30 kilometer sejam.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning yang keadaan angin kencang ini turut berisiko mengakibatkan kerosakan kepada struktur binaan tidak kukuh serta menumbangkan pokok.
Ribut tropika Pabuk yang bergerak ke arah barat merentasi kawasan pantai Terengganu dan Kelantan itu boleh menyebabkan angin kencang melebihi 40 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter.-- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan