KUALA
LUMPUR – Peguam Siti Kasim dan warganet mempersoalkan tindakan
Penerbangan Malaysia (MAB) memohon maaf kerana memaparkan iklan hidangan
babi di dalam majalah Going Places edisi Januari.
Siti Kasim dalam hantaran
terbaharu di laman Twitter berkata, adakah MAB juga akan meminta maaf
kepada penganut agama Hindu kerana memaparkan hidangan daging lembu?
“MAS tidak sepatutnya melayan
komplen-komplen bodoh. Babi memang dimakan oleh sebahagian rakyat
Malaysia. Mengapa hanya sensitif kepada satu bahagian dari masyarakat
kita?” soalnya.
Pandangan beliau itu turut
disokong oleh warganet yang mahu MAS bersikap terbuka kerana syarikat
penerbangan itu menerbangkan penumpang berbilang bangsa dan agama.
Majalah Going Places edisi Januari yang disediakan di dalam penerbangan menampilkan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan di ruangan iklan, Restaurant Openings.
“Dilampirkan bersama artikel tersebut adalah gambar daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana-mana majalah gaya hidup, ulasan restoran untuk mempromosikan restoran tempatan kepada penumpang dari seluruh dunia.
“Malaysia merupakan negara pelbagai budaya dan ulasan restoran tersebut bukan bertujuan menyinggung mana-mana pihak,” kata MAB dalam kenyataan semalam. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan