HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Januari 2019

Menteri dakwa Lembaga Getah dipaksa jual tanah di bawah harga pasaran

MALAYSIAKINI

   
Menteri Industri Utama Teresa Kok hari ini mendedahkan pentadbiran BN sebelum ini telah memperdaya dan dan memaksa Lembaga Getah Malaysia (MRB) menjual 2,800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1.5 bilion pada 2010.

Pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini, Kok berkata pada Oktober 2010, jemaah menteri di bawah bekas perdana menteri Najib Razak telah melulus dan mengarahkan penjualan tanah di Sungai Buloh yang dikenali sebagai Lot 481 kepada Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) melalui jualan langsung.

"MRB secara arbitrari dibayar RM1.5 bilion sebagai pertimbangan jualan. Walau bagaimanapun, kini telah sampai kepada pengetahuan MRB bahawa selepas itu tanah seluas 2,800 ekar tersebut kemudiannya dibeli oleh KWASA Land (KWASA) untuk pertimbangan jualan pada kira-kira RM2.28 bilion.

"Justeru, MRB telah diperdaya dan terdapat perbezaan kira-kira RM800 juta. Oleh itu, MRB berpendapat pihaknya mempunyai hak secara sah ke atas jumlah RM800 itu. Jumlah ini masih belum diserahkan, setakat ini.

"Lembaga Pengarah telah melaporkan transaksi yang meragukan ini kepada Jabatan Audit Negara untuk audit menyeluruh dan siasatan lanjut," kata Kok.

Tiada ulasan: