THE MALASIAN TIMES
ALOR SETAR : Peningkatan ‘populariti’ bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini tidak menggusarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana sememangnya bekas pemimpin negara itu sudah terkenal dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata meskipun bekas perdana menteri itu turut popular dalam kalangan rakyat namun mereka berpendirian tidak membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas untuk terus menerajui kerajaan.
“Datuk Seri Najib ini dah terkenal di seluruh dunia dengan isu 1MDB, memang saya kena akui populariti Datuk Seri Najib memang tak pernah menurun dia memang popular sampai membawa Malaysia terkenal di seluruh dunia dengan skandal 1MDB.
Sementara itu, selepas saling bertukar sindiran di media sosial, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini mengakui bekas perdana menteri Najib Razak memainkan peranan sebagai pembangkang melalui kritikan berterusannya terhadap kerajaan.
Menurut Astro Awani, Khalid menyifatkan maklum balas Najib pada perbualan Twitter mereka sebagai “teguran santai” terhadap kerajaan.
Pertukaran hantaran di Twitter berkenaan menarik ribuan komen selepas dikongsikan pada halaman Facebook masing-masing
“Kami terima perkara (kritikan Najib) itu sebagai satu cara teguran yang santai dan dalam good spirit, saling berjenaka.
“Tetapi saya rasa beliau memang lebih bagus sebagai pembangkang dan memberi teguran yang sedemikian,” kata Khalid.
Pengarah komunikasi Amanah itu berkata demikian selepas melancarkan acara larian di Kuala Lumpur bagi golongan kurang upaya.
“Dia sebut nama saya, jadi saya sebut nama dia balik. Kalau tidak, nanti dia kecil hati pula,” kata Khalid lagi.
Kedua-dua Najib dan Khalid berkempen pada pilihan raya kecil Cameron Highlands. Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri membuat hantaran di media sosial dengan petikan kata-kata yang menyindir Khalid yang duduk di sebelahnya.
“Oh, sebelah kiri saya ini (Khalid) tauke Harapan Coin.
“Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudah lah,” catat Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan