PUTRAJAYA – Nasib Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana
Menteri akan ditentukan selepas punca kematian anggota Unit Bantuan
Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad
Adib Mohd. Kassim dikenal pasti melalui inkues.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun mempertahankan Waytha dengan berkata, semua pihak tidak harus membuat tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih.
“Sebagai Perdana Menteri, saya hanya akan bersuara selepas melihat laporan siasatan yang menyeluruh.
“Ini kerana ia membabitkan sesuatu yang serius. Tidak baik jika perkara ini membawa pergaduhan antara orang Melayu dan India,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily sambil menyatakan bahawa keputusan (mengenai Waytha) hanya akan dibuat selepas semua bukti diperoleh.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mendesak supaya Waytha bertanggungjawab dan meletak jawatan atas rusuhan kuil dan kematian Muhammad Adib.
Mengulas desakan itu, Dr. Mahathir berkata, sesiapa sahaja boleh melontarkan pandangan, tetapi mereka juga harus menunggu hasil inkues.
“Sudah ada inkues. Adakah kematian Muhammad Adib disebabkan Waytha? Adakah Waytha menyebabkan kematian dengan menyerang mangsa? Apakah punca kematian sebenar?
“Kita mesti mencari jawapannya,” kata Dr. Mahathir.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menyatakan pujiannya kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Mengambil kira keadaan semasa, saya fikir mereka telah melaksanakan tugas dengan baik sekali.
“Kami pada mulanya sangka akan mempunyai defisit yang besar (dalam Belanjawan 2019), tetapi akhirnya ia tidak sebesar yang disangkakan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan