KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi percaya
pisang tidak akan berbuah dua kali dan kejadian permusuhan antara Tun
Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 tahun lalu
tidak akan berulang.
Wakil rakyat DAP itu sebaliknya percaya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir kepada Anwar akan berjalan lancar.
Anwar dikatakan pasti mahu memastikan kelancaran peralihan kuasa sementara Dr. Mahathir mahu memastikan dirinya memperoleh tempat yang baik dalam sejarah negara.

Kombinasi hasrat dua pemimpin negara itu, menurut Shu
Qi, akan memastikan kelancaran peralihan jawatan Perdana Menteri kepada
Anwar.
Kata Shu Qi, kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan itu diyakini tidak
akan mengulangi tindakan 1998 kerana mereka tidak mahu dicatatkan
sebagai “orang jahat” dalam sejarah.
Jelasnya lagi, keadaan juga sudah berubah dan Dr. Mahathir tidak lagi mampu bersikap ‘totalitarian’ seperti 20 tahun lalu.
“Isu ini (peralihan kuasa) tidak lagi boleh ditetapkan dua orang sahaja, struktur kuasa dan sumber politik telah berubah berbanding 20 tahun lalu.
” Dalam isu ini, masing-masing Dr. Mahathir dan Anwar amat berhati-hati. Mereka pasti tidak mahu sejarah berulang,” katanya dipetik Sinchew Daily.
Katanya, Dr. Mahathir sudah menghampiri penghujung kerjaya politiknya dan beliau pasti akan mempertimbangkan penilaian orang ramai dan sejarah terhadap pencapaiannya secara keseluruhannya.
Shu Qi berkata demikian sebagai mengulas mengenai peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir kepada Anwar serta kemungkinan kejadian peyingkiran Anwar oleh Dr. Mahathir pada 1998 berulang sekali lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan