PRK CAMERON | Umno
mendakwa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) 'rabun' apabila gagal melihat
kesalahan yang dilakukan parti bertanding ketika kempen Pilihan Raya
Kecil (PRK) Cameron Highlands.
"SPR (kata) memandang serius pelanggaran peraturan pilihanraya pada PRK Cameron Highlands
"Tapi dah berlambak yang salah dan kantoi, SPR rabun serius dan tak nampak," ciap Annuar di Twitternya hari ini tanpa memperincikan jenis kesalahan yang didakwanya itu.
Selain itu Annuar juga dipercayai merujuk ciapannya itu kepada Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.
"Maklumlah namanya suruhanjaya. Sebenarnya satu orang saja yang buat keputusan. Dan seorang itu dah di ketahui berpihak kepada satu pihak saja," kata Annuar lagi.
Komposisi SPR
Ia ekoran suruhanjaya itu ketika ini hanya dikendalikan oleh seorang individu iaitu pengerusinya, Azhar Azizan selepas timbalan pengerusi dan lima anggota pesuruhjaya lain meletak jawatan pada 31 Disember tahun lalu.
Menurutnya, berdasarkan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan 5 orang anggota lain.
Beliau berkata, SPR tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi hanya dengan seorang pengerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan