KUALA LUMPUR – Tiada alasan sewajarnya diberikan wakil rakyat atau
pemimpin UMNO untuk mengabaikan kawasan yang dimenangi pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) lalu hanya kerana parti itu bukan lagi menjadi
kerajaan.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique berkata, mereka masih bertanggungjawab untuk menjaga rakyat di kawasan masing-masing, khususnya bagi meringankan beban menjelang sesi persekolahan tahun 2019.
“Walaupun UMNO bukan lagi kerajaan tapi kita masih memberikan pelbagai bantuan bagi meringankan beban ahli-ahlinya serta rakyat di Parlimen Bukit Bintang.
“Tiada alasan dan sepatutnya kita perlu terus bekerja untuk rakyat dan perlu fikirkan bagaimana kita boleh bantu ahli dan rakyat yang kini dibebani kos sara hidup tinggi sejak PH memerintah negara,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Zainal Abidin juga berkata, UMNO Bukit Bintang antara bahagian parti itu yang masih konsisten memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat meski pun wakilnya tewas pada PRU-14.
“Biar pun UMNO bukan lagi kerajaan hari ini, tapi kami masih konsisten bekerja untuk rakyat apatah lagi dalam parti dan sentiasa mencari alternatif untuk membantu rakyat dan ahli kita.
“Malah baru-baru ini pun kita masih meneruskan bantuan beg dan kelengkapan sekolah kepada 170 anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 2019 pada Rabu ini,” katanya.
Katanya lagi, tindakan wakil rakyat UMNO yang meninggalkan parti kerana mahu kebajikan rakyat kawasan tidak terabai hanya satu alasan murahan dan tidak bermaruah.
“Kalau jaga kawasan perlu ada inisiatif mencari dana untuk digunakan bagi membantu rakyat, bukan beri alasan bila kalah, lompat parti untuk elak bantuan rakyat daripada tersekat.
“Meskipun parti kalah, kita perlu mencari jalan untuk kembalikan sokongan rakyat kepada kita dan teruskan kerja-kerja kebajikan ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan