HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Januari 2019

Tok Pa turun ceramah di Cameron Highlands

 

   

PRK CAMERON | Bekas menteri dan pemimpin Umno, Mustapa Mohamed membuat penampilan mengejut pada majlis ceramah kelompok di sebuah petempatan Melayu di Kampung Kuala Medan, Jelai.

Mustapa yang kini merupakan anggota Bersatu menjadi penceramah pertama.

"Malaysia perlukan kepimpinan yang kuat, Malaysia memerlukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad," kata Mustapa memberitahu kira-kira 50 hadirin.

Anggota parlimen Jeli berkata ini kali pertama beliau berkempen untuk Pakatan Harapan.

Terdahulu, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyoal penganjur ceramah kelompok berkenaan mengenai permit majlis tersebut.

Ceramah kelompok itu di adakan di halaman rumah pemimpin Bersatu tempatan.

Pertikaian itu selesai apabila pihak penganjur bersetuju memperlahankan pembesar suara.


Tiada ulasan: