Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee menggesa semua pihak di
Melaka mengikuti semangat daripada keputusan ketua menteri untuk
mengharamkan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik daripada berceramah di
negeri itu.
Ini selepas tersebar poster "Malam Islam
Bersatu" yang memaparkan gambar Zakir dan Pengerusi Masjid Cina Melaka
Mohd Rafiq Naizamohideen dalam satu majlis yang akan diadakan pada 7
September ini.
Kerk yang juga exco komunikasi, multimedia, NGO, pembangunan belia dan sukan berkata walaupun Zakir tidak berceramah pada majlis itu, beliau merupakan individu yang menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.
Terdahulu, Mohd Rafiz yang berkongsikan poster
program berkenaan memaklumkan bahawa Zakir akan menghadiri solat
berjemaah dan ibadah sunat di Masjid Cina Melaka pada Sabtu ini.
Pada 19 Ogos lalu dilaporkan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan Zakir berceramah di negeri itu.
Keesokan harinya, polis mengenakan larangan menyeluruh ke atas program-program berkaitan Zakir di seluruh negara atas sebab-sebab keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan