HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 September 2019

Ajal dalam kereta

 
 Erika George

 

ORANG ramai di Pasar Tamu Bintulu dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kenderaan pasar itu 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili ketika dihubungi berkata, mangsa Mathe Julin Banyoi, 33, dari Rumah Saging Sungai Selabi Selangau.

Katanya, orang ramai yang ketika itu melalui kawasan berkenaan terlihat lelaki menyandar pada bahagian kerusi pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan.

Pasukan Paramedik Unit Ambulans Hospital Bintulu sejurus sampai melakukan pemeriksaan dan cuba menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun pihaknya akan menunggu keputusan bedah siasat.

Tiada ulasan: