HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 September 2019

Cikgu anjur parti liar

Nurul Hidayah Bahaudin
 
 

GURU sekolah rendah antara 13 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah apartment di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam parti liar pada pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, pihaknya membuat serbuan di apartment berkenaan pada 3.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 13 individu termasuk lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Seorang daripada yang ditahan itu adalah guru sekolah rendah berusia 34 tahun yang dipercayai menganjur parti terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arifai berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 39 pil ekstasi, 10 pil erimin 5, ketamin seberat 3.62 gram dan dua kapsul MDMA dalam operasi itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan didapati 12 individu yang ditahan itu positif dadah jenis amphetamin, methaphetamine dan ketamin.

“Guru lelaki terbabit pula didapati positif dadah jenis amphetamin dan methaphetamine,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan itu direman empat hari mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama

Tiada ulasan: