Jawatankuasa ditubuh siasat punca sebenar insiden, tambah baik sistem

BANGI – Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu
siasatan kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) yang berlaku minggu lalu.
Ketua
Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, setakat ini
keterangan lapan individu termasuk empat jurutera perisian bahagian teknologi
maklumat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diambil.
“Siasatan
masih dijalankan. Kita akan panggil lagi beberapa individu untuk bantu
siasatan. Proses ini memakan sedikit masa dari segi teknikal dan sebagainya,”
katanya.
Kegagalan
sistem Total Airport Management System (TAMS) di KLIA dikesan pada 21 Ogos
hingga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan
kepada penumpang selama empat hari sebelum sistem itu distabilkan pada Sabtu
lalu.
Susulan
itu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Isu
Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) KLIA.
Menteri
Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jawatankuasa yang ditubuh secara
pentadbiran itu bagi menyiasat punca sebenar insiden dan mencadangkan langkah
penambahbaikan bagi mengelak ia berulang pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan