Pihak polis Indonesia menembak gas pemedih mata bagi meleraikan kekecohan selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam ini.
CNN Indonesia melaporkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata dari pintu masuk VVIP ke arah penyokong di pintu utama stadium dan menyeru orang ramai di kawasan itu supaya bersurai.
Menurut laporan itu lagi, terdapat penyokong Indonesia yang melemparkan benda seperti galah "dari luar pagar besi tempat di mana pendukung memperlihatkan tiket."
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan yang menyaksikan perlawanan malam ini membuat hantaran di media sosial mengenai keadaan di dalam Stadium Gelora Bung Karno.
"Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana," katanya di Instagram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan