SEKULARISMA adalah
sebuah aliran pemikiran yang jelas bercanggah dengan Islam, yang berdiri
di atas asas pemisahan antara politik dengan agama. [1] Sudah ribuan
sarjana di seluruh dunia menghuraikan dan membahaskan ideologi ini dari
sudut sejarah dan agenda-agendanya.
Bagaimana berkembangnya tamadun, begitu jugalah agenda sekularism di'upgrade'.
1. Era awal kemunculannya di zaman kejatuhan Eropah, ia dilihat muncul sebagai satu kebangkitan, menjatuhkan kuasa gereja.
2. Era kemunculan sekularism dalam dunia Islam ia dilihat berfungsi melalui pemisahan kuasa, dan memperkenalkan modernism.
Dari segi sejarahnya,
sekularisma pada awal penubuhannya bukanlah mengingkari kewujudan Tuhan
sepertimana atheism, akan tetapi mereka menolak penguasaan bergereja
terhadap ilmu dan kehidupan. [2]
Justeru, sekularism di zaman
itu lebih merancang ke arah pemisahan agama daripada politik,
pendidikan, ekonomi, kemasyarakatan dan banyak lagi.
Di dalam aspek ini kita
sepatutnya kita melihat melihat dari sudut perbezaan antara Islam dan
kristian terlebih dahulu supaya perangai orang kristian terdahulu tidak
ter'copy-paste' oleh ummat Islam hari ini.
Taqlid buta
Ayat al Quran [3] dan Hadis banyak menceritakan tentang larangan taqlid sudah cukup jelas, termasuk membicarakan taqlid yang dibenarkan dantaqlid yang diharamkan [4].
Taqlid buta yang
diamalkan oleh penganut Kristian ialah mengikut telunjuk para paderi
sehingga melangkaui batas halal dan haram. Perkara ini ditekankan juga
oleh Syeikh Yusof al Qaradhawi di dalam Kitab Halal dan Haram, bahkan
beliau mengaitkan dengan Hadis 'Adiy bin Abi Hatim [5]llah S.W.T berfirman:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ
وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ
مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهاً وَاحِداً لا إِلَهَ
إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan." (at-Taubah: 30)
Di dalam ayat 78 Surah al
Baqarah, Allah S.W.T menceritakan tentang wujudnya pemalsuan yang
dilakukan oleh para paderi dan dipercayai serta diimani oleh penganut
penganutnya.
Selain kejahilan, antara krisis yang dihadapi oleh mereka ialah taqlidbuta. Iaitu mereka berpegang (taqlid buta) dengan syariat yang direka-reka oleh para Paderi mereka sekalipun melangkaui batas halal dan haram.
Allah S.W.T yang menghalalkan atau mengharamkan
Di dalam Islam, yang
menentukan halal dan haram itu ialah Allah S.W.T, bukanlah manusia. Para
ulamak hanya boleh mengharuskan apa yang dihalalkan oleh Allah, dan
bertegas terhadap perkara yang diharamkan oleh Allah.
Apa yang terjadi pada zaman
pemerintahan bergereja sepertimana yang diceritakan di atas, menunjukkan
bahawa para paderi telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah
S.W.T, begitu juga sebaliknya.
Tiada dalam Islam perkara yang
haram boleh bertukar halal atau sebaliknya dengan sewenang wenang tanpa
sandaran daripada nas al Quran dan Hadis serta mengikut sistem
penghasilan hukum (istinbat) yang sebetulnya.
Sekadar contoh, antara kaedah istinbat yang
tersimpang, iaitu apabila melihat beberapa ayat al Quran dan Hadis [6]
yang menyuruh mentaati 'Amir', secara simplistiknya terus menyatakan
kewajipan mentaati kerajaan yang memerintah hari ini.
Sedangkan apa yang kita perlu
cermati ialah agenda-agenda yang merosakkan ummat yang tidak lagi
dilihat sebagai maksiat. Bahkan kezaliman ini disangka sebagai satu
keharusan yang tak wajar dihalang.
Membiarkan kezaliman atas nama taat
Apa yang terjadi hari ini
apabila sekularisma dan liberalisma melancarkan agenda agenda mereka,
kita yang mampu mengutarakan hukumnya harus sedangkan tidak mencermati
kesan kesannya.
Contohnya program berbuka
puasa di gereja atas alasan mesra semua agama, berlembut dengan LGBT
atas alasan dakwah, menjaga kepentingan agama-agama lain daripada agama
sendiri dan sebagainya.
Jika dikaitkan dengan suruhan
agama mentaati pemerintah selagimana tidak bercanggah dengan maksiat,
apakah kita benar-benar jelas bahawa agenda-agenda sekularism dan
liberalism itu adalah maksiat?
Justeru, golongan ini
seolah-olah cuba mengembalikan Islam hari ini sepertimana agama Kristian
satu ketika dahulu, yang tidak berbicara bab politik, dan menggesa
supaya semata mata menjada ibadah fardiyyah semata mata.
Uzlah sebelum sampai masa
Sepertimana yang pernah saya
tulis sebelum ini [7] tentang takrif jamaah, dan hadisnya yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari, menceritakan tentang wujudnya istilah uzlah. Penghujung hadisnya seperti berikut;
قلت : يا رسول الله فما ترى إن
أدركني ذلك؟ قال : تلزم جماعة المسلمين وإمامهم، فقلت : فإن لم تكن لهم
جماعة ولا إمام؟ قال : فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى
يدركك الموت وأنت على ذلك
"Kemudian aku (Huzaifah al Yamani) bertanya lagi: Apa yang kamu perintahkan kepada kami jika keadaan seperti itu berlaku pada kami? Jawab Rasulullah S.A.W: Kamu mesti bergantung dengan jemaah orang-orang Islam dan kepimpinannya.""Kemudian aku bertanya lagi: Kalau sudah tidak ada jemaah orang-orang Islam dan kepimpinannya, bagaimana pula wahai Rasulullah? Rasulullah S.A.W menjawab: Tinggalkan semua kelompok-kelompok kesemuanya, dan gigitlah tunjang utama pokok sehingga kamu mati dalam keadaan itu. (berpegang teguh dengan prinsip Islam)"
Mereka yang terkesan dengan
serangan sekularism, kadangkala merasakan berputus asa dan menganggap
sudah tidak ada jamaah. Lalu mereka terus menyepi dengan melakukan uzlah, berpandukan hadis ini.
Sedangkan tafsiran jamaah oleh
para ulamak [7] sudah dimuatkan di dalam karangan mereka, secara jelas
menunjukkan bahawa realiti hari ini jamaah itu masih ada, dan belum
sampai masanya lagi untuk melakukanuzlah.
Uzlah yang membawa putus asa, bukan penjagaan diri
Antara penyakit yang diceritakan oleh Sayyid Muhammad Nuh di dalam kitabnya آفات على الطريق meletakkan bahawa uzlah juga merupakan salah satu penyakit di jalan dakwah.
Melalui catatan beliau, antara hasil uzlah yang yang berpenyakit ini menghasilkan putus asa, bukanlah melahirkan kesungguhan menjaga diri dalam situasi tiada jamaah.
Mereka terkesan dengan
serangan sekularism bahawa masyarakat sudah rosak, disebabkan kerosakan
pemerintah. Lalu sekular membuat tawaran kepada orang-orang Islam untuk
menjaga diri sendiri dan jangan campuri urusan pemerintahan.
Maka, pemerintah yang rosak
akan terus selesa dengan kerosakannya tanpa dikacau dan digugat kerana
orang-orang yang baik sudah menyembunyikan diri, menyepi di dalam gua
dan rumah.
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL Kuala Nerang, Kedah - HARAKAHDAILY
[2] Al Qaradhawi, الإسلام والعلمانية وجها لوجه[3] Surah al Baqarah (170), Surah al Maidah (104)[4] Hakikat Kenabian Nabi Muhammad SAW (Syarah Jauharah Tauhid bahagian Kenabian) karangan Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, terbitan Mauleed Publishing[5] Musonnaf Ibn Abi Syaibah, Kitab al-Maghazi (35947)[6] Ayat 59 Surah an Nisa dan Hadis Shahih Bukhari 693, 2957 dan 7144, Hadis Shahih Muslim 1839 dan lain lain[7] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1462469310461491&id=100000953077134
Tiada ulasan:
Catat Ulasan