IPOH – Mayat seorang bekas anggota polis, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam sebuah kereta di Taman Canning di sini, pagi ini kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz.
Katanya, mangsa merupakan bekas anggota polis yang telah dikenakan tindakan buang kerja, kira-kira tiga bulan lalu.
A Asmadi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut daripada semua aspek, bagi mengetahui punca kematian termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan serta merakam percakapan waris.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes setakat ini disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan