HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Oktober 2019

Jangan main api, kata Penggerak Mahasiswa pada pemimpin pelajar UM

MALAYSIAKINI

   

Selepas mendesak pengunduran naib canselor Universiti Malaya (UM), pemimpin pelajarnya Yap Wen Qing pula hari ini berdepan gesaan sama.

Sebuah kumpulan pelajar berpengaruh, Penggerak Mahasiswa UM, menyifatkan kenyataan naib yang dipertua KMUM itu keterlaluan dan menjejaskan imej universiti dan pelajarnya.

“Jangan bermain api jika tidak mahukan sesuatu perkara buruk berlaku.

“Lebih elok untuk mengadakan pertemuan dua hala bagi mendapatkan pertimbangan sebelum mengeluarkan kenyataan membabi buta!” kata penggerak mahasiswa di laman Facebook.

Yap semalam mengeluarikan kenyataan menggesa Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam Kongres Maruah Melayu (KMM) di Shah Alam kelmarin.

Menurut Yap, Abdul Rahim dalam ucapannya berkata dominasi politik Melayu telah hilang selepas perubahan kerajaan dan hak istimewa orang Melayu dipersoal.

Menurut Yap lagi, pentadbir universiti itu juga memberi peringatan supaya kontrak sosial tidak dicabar.

Malaysiakini telah menghubungi pegawai Abdul Rahim dan sedang menunggu maklum balasnya.


Tiada ulasan: