HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Oktober 2019

Janin berbalut tuala wanita dalam loji

Siti Nor Hidayatidayu Razali
 
 

SEORANG pekerja kontrak menemui janin lelaki berusia empat bulan di loji kumbahan sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Machang, semalam.

Janin belum cukup sifat ditemui 7.50 pagi ketika lelaki berusia 52 tahun itu mahu melakukan kerja pembersihan perangkap sampah di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, sebelum itu pekerja kontrak terlihat tuala wanita di perangkap sampah.

Katanya, lelaki itu mengambil tuala wanita berkenaan dan terlihat satu objek seakan bentuk manusia.

“Dia mengesyaki objek itu adalah janin manusia dan memaklumkan kepada pihak IPT sebelum membuat laporan polis.

“Pihak Hospital Machang ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan ia janin lelaki dianggarkan berusia empat bulan.

“Janin itu diserahkan kepada pihak hospital untuk siasatan lanjut dan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Tiada ulasan: