Beberapa peserta Maraton Standard Chartered di Kuala Lumpur cedera dalam kejadian langgar lari.
Dalam
satu kenyataan di laman Facebook acara itu, penganjur berkata peserta
yang cedera mendapat rawatan perubatan tetapi tidak mendedahkan jumlah
mereka yang cedera."Sebelum ini, pada acara larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, terdapat kemalangan yang membabitkan sebuah kereta yang merempuh hadangan keselamatan kami.
"Pelari yang terjejas sedang menerima rawatan perubatan. Kesejahteraan peserta larian kami kekal menjadi keutamaan kami dan kami menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian ini.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam
satu kenyataan di Twitter pula berkata, beliau telah dimaklumkan
mengenai insiden tersebut.
"Kami memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan