HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Oktober 2019

‘Sedar ada pihak kata sokongan kepada PH menurun…’

sitifatimah

 

Tapi tidak tahu dari mana kajian dilakukan, bagi saya ada orang nak salam dan ambil gambar, itu bukti sokongan masih ada: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR– Pakatan Harapan (PH) ketika ini masih lagi didukung dan dihargai rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, sokongan rakyat kepada kerajaan masih kuat biar pun terdapat segelintir pihak yang mendakwa rakyat kurang berpihak kepada PH.

“Saya sedar ada pihak yang nyatakan bahawa sokongan rakyat kepada PH  ini telah menurun dari 80 peratus kepada 38 peratus, (tapi) tak tahu dari mana buat kajian ini.

“Tetapi yang saya tahu sendiri banyak orang nak bersalam, ambil gambar… itu bukti sokongan masih ada,” katanya pada sidang media Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen PH dan Warisan di sini, hari ini.

Pengerusi PH itu bagaimanapun berkata, sekiranya terdapat sesuatu kajian dan ia ditanya kepada sebilangan yang kecil, pendapat mereka diambil seolah-olah ia adalah pendapat semua pihak secara keseluruhan dan kerajaan berpendapat ianya tidak benar. – Bernama


Tiada ulasan: