HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 Januari 2008

Dividen KWSP 5.8 peratus.



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Selasa, mengumumkan dividen 5.8 peratus bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2007, lebih tinggi daripada 5.1 peratus pada tahun 2006.

Katanya dividen lebih tinggi itu dibantu oleh pasaran saham yang lebih kukuh dan juga kecekapan KWSP dalam mengurus dananya yang berkembang.

"Ia adalah peningkatan yang besar. Pasaran saham baik dan KWSP berkesan dan cekap dalam mengurus dana yang besar dan berkembang," kata Nor Mohamed kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat KWSP di sini.

"Kita mampu mengisytiharkan dividen yang semakin tinggi sepanjang beberapa tahun. Saya anggapnya sebagai pulangan yang menarik pada 5.8 peratus," katanya.

KWSP ialah dana keenam terbesar di Asia dengan jumlah peruntukan aset sebanyak RM312 bilion.

Tiada ulasan: