Amaran angin kencang di perairan pantai timur semenanjung.
KUALA LUMPUR — Angin kencang timur laut 40-50 kmsj dan laut bergelora dengan mencapai ombak ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Pantai Timur dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengeluarkan amaran kategori pertama itu berkata keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran ribut petir di perairan pantai Sarawak barat yang dijangka berterusan sehingga senja hari ini.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan