Satu daripada lima rakyat Malaysia hadapi tekanan perasaan.
SHAH ALAM - Seorang daripada lima penduduk Malaysia berisiko tinggi mengalami tekanan perasaan yang mendedahkan mereka kepada masalah mental peringkat awal jika dibiarkan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, gejala berkenaan yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup masyarakat banyak melanda penduduk di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala berkenaan turut menyerang golongan profesional termasuk doktor dan pengamal perubatan, arkitek, jurutera serta akauntan.
``Data ini bukan direka, sebaliknya ia dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada risiko stres,” katanya.
Abdul Latiff berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Leso Group of Companies (Leso) di Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan