HALAMAN SANTAI

Jumaat, 15 Februari 2008

PAS tidak kempen guna perkataan kesat, kata Nik Aziz



PASIR PUTEH: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi jaminan PAS tidak akan menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyakiti hati parti lawan sepanjang kempen pilihan raya umum ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata penggunaan perkataan kesat hanya sesuai kepada mereka yang tiada modal untuk berhujah.

"Kita kempen secara Islam, tak payah guna perkataan kesat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan peletakan batu asas kilang memproses isi ikan Yee Trading & Management Rosources Sdn Bhd di Tok Bali di sini Khamis.

Nik Aziz berkata perjuangan yang berasaskan Islam mempunyai banyak hujah dan oleh itu penceramah PAS tidak perlu menggunakan "sepak terajang" semata-mata untuk mengalahkan lawan.

Mengenai kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain walapun berfahaman sosialis, beliau berkata PAS sanggup bekerjasama dengan mereka asalkan mereka menerima perjuangan Islam.

"Usahkan sosialis, parti komunis dan DAP kalau nak kerjasama dengan kita pun kita terima," katanya.

Katanya Islam membenar kerjasama dengan golongan yang bukan Islam asalkan mereka menerima dasar Islam.

Nik Aziz menolak andaian kononnya PAS Kelantan akan kalah teruk sekiranya beliau tidak bertanding. BERNAMA

Tiada ulasan: