HALAMAN SANTAI

Khamis, 14 Februari 2008

PRU-12: Bagaimanakah Mahdzir dapatkan dana RM100 juta?
Helmi Khalid


ALOR STAR (Hrkh) - Pengerusi BN Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid mahukan dana sejumlah RM 100 juta untuk menghadapi PAS, KeADILan dan DAP di negeri ini.

Itu bukan satu jumlah yang sedikit dan apa yang menjadi persoalan dari mana dia akan dapatkan wang sejumlah itu.

Ada sumber yang memberitahu, beberapa 'individu tertentu' telah dipanggil dan diarahkan mencari RM 5 juta setiap seorang bagi menampung dana besar itu.

Apa yang menjadi kekhuatiran, jika 'individu tertentu' itu sanggup mendapatkan wang sebanyak RM 5 juta, adakah dia telah ditawarkan sesuatu oleh Mahdzir.

Ada yang menyebut sebagai balasan mereka telah dijanjikan habuan kawasan balak, jika ini berlaku Mahdzir bukan sahaja tamak kuasa, tetapi sanggup menggadai maruah demi mahu memastikan beliau terus menang dalam pilihanraya.

Mahdzir juga sekarang ini dikatakan masih gagal menyenaraikan senarai lengkap calon BN negeri ini kerana bertembung dengan masalah antara menyenaraikan seberapa ramai muka baru dan usaha menyingkirkan muka-muka lama.

Antara yang tidak tersenarai dikaitkan nama Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Dato' Ahmad Lebai Sudin yang masih lagi dimahukan oleh graasroot.

Juga difahamkan senarai calon ditangannya juga bercanggah dengan nama yang dikehendaki mengikut kriteria pilihan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah memberitahu, PAS Kedah kali ini mambariskan 15 tokoh muda sebagai calon di Kedah.

Katanya, mereka terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan diyakini oleh rakyat. - mks.

Tiada ulasan: