PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali
digesa campur tangan dalam isu pemberhentian kakitangan dalam anak
syarikat (GLC) Kerajaan Negeri Selangor tidak mengikut prosedur semasa
pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata, menteri besar baharu itu perlu membuka semula fail kes penganiayaan pekerja yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik PR Selangor khususnya dalam pelaksanaan gaji minimum.
"Saya memohon Menteri Besar Selangor baharu supaya memberikan keadilan kepada mereka yang teraniaya sebelum ini termasuk kakitangan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang telah dipecat tanpa notis, tanpa sesi pendengaran, tutup syarikat begitu sahaja.
"Menteri besar perlu membuka balik fail ini dan mengkaji semula kerana ada kes ini sampai ke mahkamah yang dirujuk di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (pemberhentian tidak adil)," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata lagi, penganiayaan Abdul Khalid terhadap bekas Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berhubung isu pengguguran Timbalan Presiden PKR itu pada awal tahun ini juga perlu diberi keadilan sewajarnya.
"Norita hanya mempertahankan dasar dan undang-undang dalam PKNS, namun dia dipindahkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) dan apabila dia kembali ke PKNS, dia tidak mendapat jawatan sebelum ini," ujarnya.
Sementara itu, Abdullah turut mempersoalkan Kumpulan Perangsang yang didakwa tidak melakukan gaji minimum sedangkan akta itu telah diluluskan di Parlimen pada 1 Januari 2013.
"Saya menganggap bahawa satu kebiadaban yang tidak boleh dikompromikan sebab akta ini telah diluluskan dalam Dewan Rakyat, dan ia perlu diamalkan.
"Ia juga menimbulkan persoalan dan menjadi persepsi tidak baik rakyat terhadap kerajaan negeri Selangor yang melihat gaji minimum yang diwacanakan sebelum ini RM1500 sedangkan RM900 pun tidak dapat dilakukan ini memberikan gambaran buruk kepada pentadbiran sebelum ini," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan