Bajet 2015 Minyak : Harga Subsidi RM2.30
VS Harga Pasaran (RM2.58). Malaysia Hapus Subsidi Minyak Seperti Negara
Maju Yang Bukan Pengeluar Minyak? : Nampaknya gayanya Hasan Malek
sebagai menteri yang menjadi tumpuan lensa kamera dan media pada ketika
ini, mempunyai gaya dan lenggok bahasa tersendiri di mana tampil ke
hadapan menenangkan keadaan dikalangan rakyat marhaen seperti anda, anda
pembaca Berita Semasa di sini yang masih lagi “terkejut” dengan berita
kenaikan minyak naik bermula 2 Oktober 2014. Berdasarkan…..
Berdasarkan pemerhatian, kajian,
pengiraan, analisa dan sebagainya yang dilakukan oleh Datuk Seri Hasan
Malek selaku Menteri KPDNKK dan anak buah dalam pasukannya, Hasan Malek
tampil dengan beberapa fakta kenyataan yang perlu dihadam dan ditelan
oleh rakyat Malaysia selepas menerima berita kenaikan minyak naik pada
ketika ini. Antaranya ialah :
Minyak Naik Harga : Nasihat & Peringatan Hasan Malek Kepada Rakyat Marhaen
- Kesan kenaikan inflasi naik amatlah kecil dan sedikit walaupun selepas diumumkan berita kenaikan harga minyak naik 2014. Ya…tidak besar kesannya, kata Hasan Malek. Lagi?
- Ada lagi. Yang keduanya, Kenaikan harga minyak naik kali ini hanya minimum dan amat rendah sahaja
- Yang ketiga, Hasan Malek mengingatkan kepada anda, anda semua supaya faham yang mana tindakan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan minyak naik ini (petrol RON95 & diesel) bukanlah untuk bebankan anda semua tetapi untuk tujuan pengukuhan kewangan dan kantung dana negara
- Keempat, Hasan Malek mengajak rakyat Malaysia bersyukur dengan tindakan kerajaan umum kenaikan minyak naik 2014 ini sebagai salah satu usaha kerajaan mahu membanteras gejala penyeludupan bahan api bersubsidi di Malaysia
- Hasan Malek juga berharap anda semua bersabar dan dapat menerima berita kenaikan minyak naik ini dengan hati yang terbuka dan bersikap positif
- Akhir sekali, Hasan Malek menjanjikan berita gembira untuk anda semua menjelang pembentangan bajet 2015 Malaysia tidak lama lagi melibatkan usaha-usaha mengurangkan kesan kenaikan harga minyak naik di Malaysia termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian
KLIK SINI : Hutang Negara Malaysia Terus Melonjak Tinggi RM692 Bilion (62% KDNK).
16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan!
Harga minyak naik, tetapi majoriti harga
barang, produk dan perkhidmatan tetap sama? Kenaikan harga minyak naik
sekitar 9.5%, adakah barang dapur seperti ikan kembung, sayur sawi,
bawang cili ayam naik dan lain-lain lagi masih sama? Pelik…..mereka
bukannya buat amal jariah dan kebajikan. Ditambah kalangan pengusaha
yang mengambil kesempatan.
Bagi pendapat dan harapan Berita Semasa,
Hasan Malek, Datuk Najib Razak serta kerajaan Malaysia dapat memberikan
jaminan yang lebih meyakinkan dan rasional melibatkan produk atau
perkhidmatan yang menggunapakai kemudahan elektrik, kedai dan gerai
makan, pengangkutan, sektor perkilangan dan pembuatan tidak mengambil
kesempatan untuk mengumumkan kenaikan caj dan harga yang melambung
tinggi?
Trend Minyak Naik Harga Tahun 2009 – Tahun 2014?
- 1 September 2009 : RM1.80 seliter
- 16 Julai 2010 : RM1.85 seliter
- 1 Disember 2010 : RM1.90 seliter
- 1 September 2013 : RM2.10 seliter
- 2 Oktober 2014 : RM2.30 seliter
Sedar tidak sedar, beza harga selepas
subsidi (RM2.30) dan harga pasaran RON95 (RM2.58) cuma 28 sen lagi
jaraknya. Hanya 1-2 siri lagi pusingan pengumuman minyak naik harga lagi
selepas ini, Malaysia bakal bebas dari tanggungan subsidi petrol kepada
rakyat Malaysia sama seperti negara maju yang lain termasuklah
negara-negara yang tidak mempunyai bekalan “emas hitam” petroleum seperti Malaysia.
Nampaknya rakyat marhaen seperti anda,
anda di sini, bersedialah daripada sekarang, dengan harga petrol di
Malaysia yang bakal mengikut harga pasaran dunia seperti negara-negara
maju lain yang mana cita-cita kerajaan Malaysia mahu hapuskan subsidi
kepada rakyat Malaysia secara umum tidak lama lagi dan lebih berminat
untuk mengalihkan dana bantuan tersebut kepada bentuk BR1M dan
sebagainya. Setuju?
BACA SINI PULA : BR1M 3.0 (RM3 Bilion+) VS Minyak Naik 20 sen (RM3.3 Bilion).
Che Det Kata STOP BR1M
Lebih baik bersedia dengan harga
non-subsidi RM2.58 (tertakluk pada harga pasaran dunia) yang mungkin
bermula tahun depan. Jikalau harga dunia turun, maka turunlah harga
petrol kita. Ermmm…..Mungkin. Sudah hampir “checkmate” era
subsidi-subsidi minyak di Malaysia ini, mungkin sudah tiba masa kerajaan
Malaysia mahu mengajak rakyat Malaysia supaya tidak bergantung kepada
mentaliti tongkat subsidi sekaligus Malaysia ke arah negara tanpa
subsidi tidak lama lagi. Apa pendapat anda pula?
DI BAWAH : Laporan Berita Kejatuhan Teruk Harga Minyak Dunia
Pada ketika satu demi satu laporan
portal berita terkenal dunia seperti Reuters, Bloomberg, Telegraph UK,
Wall Street Journal, The BusinessWeek berkongsi laporan “kemeriahan”
harga minyak mentah dunia turun dan harga minyak turutn di beberapa
negara, Malaysia ada cara tersendiri berhadapan gelombang harga minyak
dunia turun pada ketika ini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan