GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat yang
mengakibatkan kesesakan lalu lintas selepas hujan turun berterusan sejak
pukul 6 petang semalam.
Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Transfer, Jalan Gurdwara,
Jalan Macalister, Jalan Anson, Jalan Scotland dan Jalan Mount Erskine.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan
Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata paras air dianggarkan
antara 0.3m hingga 0.9m.
"Ukuran hujan yang turun di Bukit Bendera, Batu Lanchang dan Sungai
Pinang antara 51.5mm hingga 71.5mm," kata beliau dalam mesej pesanan
ringkas kepada media.
Tinjauan di beberapa jalan di sini mendapati beratus pengguna
kenderaan bergerak perlahan mengharungi banjir dengan sesetengah tempat
dinaiki air sehingga paras lutut.
Bagaimanapun, sehingga pukul 11 malam banjir masih belum surut tetapi tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan