PEKAN – Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel
untuk kebaikan rakyat dan negara dalam jangka masa panjang meskipun
menyedari langkah itu bukan tindakan popular.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika ada pilihan, pihaknya tidak akan berbuat demikian.
"Kita bukan sengaja hendak mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel tetapi kita terpaksa melakukannya untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin kekurangan hasil," katanya.
Menurutnya, meskipun menyedari tindakan itu akan menyebabkan kerajaan tidak popular, ia perlu dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara dalam jangka panjang.
"Kalau kita tak potong subsidi ini, kita terpaksa berbelanja tinggi bagi tampung harga minyak di pasaran. Tahun lepas saja, kita belanja RM24 bilion untuk petrol, LPG dan diesel. Ini bukan jumlah yang kecil.
"Kalau tak dikurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan," katanya ketika berucap di majlis penyampaian 505 lembu korban kepada 10 bahagian Umno Pahang serta masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Pekan di sini, semalam.
Lebih malang, katanya, subsidi diberikan itu bukan sahaja dinikmati rakyat negara ini yang kurang mampu, malahan juga golongan kaya, pekerja asing, pelancong bahkan pendatang asing tanpa izin.
“Itu belum lagi dikira pihak tidak bertanggungjawab yang menyeludup keluar bahan api dari negara kita untuk dijual ke negara sempadan seperti Thailand. Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, baru-baru ini, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari
Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand)," katanya.
Menurut Najib, beliau turut menerima pelbagai reaksi diluahkan rakyat terutama di laman sosial susulan kenaikan harga bahan api berkenaan.
“Kenaikan ini serta apa juga dasar dibuat kerajaan adalah untuk kebaikan di mana ia mampu mengurangkan defisit negara, memperbaiki segala ketirisan berkaitan bahan api yang berlaku serta meningkatkan pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara.
“Apa yang lebih penting dan rakyat tidak nampak ialah usaha kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan bersasar dan diterima terus ke tangan rakyat,” katanya.
Beliau yakin suatu hari nanti rakyat akan nampak dengan jelas usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan menganggap segala kritikan yang diterima merupakan rencah dan adat resam dalam politik.
Dalam pada itu, kata Najib, beliau akan mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober ini.
Menurutnya, langkah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, BR1M dan bantuan lain.
“Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat,” jelasnya.
Katanya, kerajaan juga akan kaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api itu kepada rakyat di negara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan