HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Oktober 2014

Nik Aziz: Label Islam sebagai liberal bagi ‘menghodohkan’ Islam

 
Sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam dengan menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.
nik aziz1 

KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada pihak cuba melabelkan Islam sebagai liberal semata-mata bagi menghodohkan Islam, sedangkan demokrasi atau pelbagai kefahaman lain tidak pernah dilabel sebagai liberal.

Katanya,sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam dengan menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’.
Nik Aziz berkata. tindakan tersebut merupakan tindakan yang tidak munasabah dan sangat membahayakan generasi akan datang.

“Ibu bapa, guru serta kerajaan perlu mengambil tindakan yang segera dengan menangkis masalah ini dengan berhujah agar anak cucu kita tidak terpesong,” ujarnya semasa berucap dalam program sambutan ulangtahun ke-24 pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Kelantan Trade Centre hari ini.

Isu ini mula hangat diperkatakan selepas penganjuran program tersebut pada 19 September lalu, yang melihat pengelibatan ramai orang Islam, mengundang pelbagai reaksi negatif dari golongan ulama termasuklah Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang mahu penganjur dan umat Islam yang menyentuh anjing segera bertaubat kerana mempersendakan hukum Allah.

Tiada ulasan: