SHAH ALAM: Penganjur 'I Want To Touch a Dog', Syed Azmi Alhabshi
menjadi sasaran ancaman bunuh dan digelar murtad oleh masyarakat
Melayu-Islam.
Pihak yang tidak berpuas hati dengan perbuatan beliau menganjurkan
acara berkenaan yang kononnya bertujuan mendidik masyarakat Islam
mengenai anjing bertindak menyebarkan nombor telefonnya melalui pelbagai
aplikasi dan laman sosial.
Bahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima
sekurang-kurangnya dua laporan berhubung penganjuran aktiviti itu yang
berlangsung pada Ahad lalu.
“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.
“Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama
Islam Selangor untuk tindakan susulan," kata Ketua Polis Daerah Petaling
Jaya ACP Azmi Abu Kassim.
Pengguna laman sosial Facebook juga tidak ketinggalan meluahkan rasa
tidak puas hati mereka terhadap Syed Azmi. Ia dapat dilihat melalui
status penceramah popular, Ustaz Kazim Elias.
“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati
dan cetek agama dan suka merosakkan agama dan patut rejam sampai mati.
He he,” tulis Ghas Ku.
“Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” kata Hafizzulnaim Samsuddin.
Ada juga pengguna Facebook menggesa tindakan diambil terhadap wanita
yang bergambar bersama anjing-anjing tersebut dengan menarik tudung dan
melihat sama ada mereka memakai rantai salib atau tatu.
Kazim kelmarin mendakwa program tersebut sebagai percubaan untuk
memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan
menambah tidak mustahil memberi percubaan kepada kempen menyentuh dan
memakan babi.
Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular
dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar
tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.
Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada
pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle
dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.
Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses
pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian
berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.
Bagaimanapun, kebanyakan Melayu - orang alim dan orang biasa - merasa
tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.
1 ulasan:
setelah meneliti wajah penganjur anjing tu, rasanya dia perlu mendapat rawatan otak atau jiwa terkacau.
wajahnya ada iras penyakit mongloit. atau sindrom mat monggol.
tu sebb buat perkara pelik2
Catat Ulasan