KUALA LUMPUR: Hari ini terdapat beberapa media melaporkan atlet yang
gagal dalam ujian doping oleh Agensi Anti Doping Antarabangsa (WADA)
dalam satu kejohanan antarabangsa adalah dipercayai Datuk Lee Chong Wei.
Menurut mStar dan syarikat induknya, The Star, nama Chong Wei dikaitkan ekoran atlet elit berkenaan gagal ujian doping dalam satu kejohanan antarabangsa baru-baru ini.
Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan.
Portal dan akhbar Sin Chew Daily turut melaporkan perkara sama.
Semalam TV3 dalam slot beritanya juga melaporkan Lee mungkin atlet yang gagal ujian doping itu.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semalam enggan
memberitahu nama atlet tersebut kerana perlu mematuhi undang-undang yang
ditetapkan persatuan sukan antarabangsa.
“Kita tidak akan memberitahu siapa nama atlet tersebut kerana perlu menunggu sehingga 'sample B' selesai diuji.
“Mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan sukan
antarabangsa (sukan tersebut) mereka tidak akan umumkan nama atlet
sehingga ujian 'sample B' selesai maka kita juga tidak akan
maklumkannya.
“Saya tidak akan memberitahu nama atlet serta jenis sukan kerana ini
untuk memberi perlindungan kepada atlet tersebut dan mematuhi peraturan
yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di ibu negara," kata beliau
semalam.
Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) telah menerima surat mengenai keputusan doping itu pada 1 Oktober lalu.
Atlet itu telah memohon ujian 'sample B' pada 16 Oktober lalu tetapi masih lagi menunggu tarikh untuk sample tersebut diuji.
Khairy semalam turut memaklumkan atlet tersebut ingin pergi sendiri
menyaksikan ujian 'sample B' tersebut yang akan dibuat di luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan