HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Oktober 2014

Subjet Bahasa Melayu di SJK perlu dikaji semula

 
Pengajaran dan Pembelajaran subjek Bahasa Melayu perlu dilaksanakan dengan segera di SJK agar tidak ada jurang perpaduan di antara pelajar SJK dengan Sekolah Kebangsaan.
Tan Sri Mohd Ali Rustam


JASIN: Bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sistem Pengajaran dan Pembelajaran subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) perlu dikaji semula bagi memperkukuhkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar SJK.

Katanya perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Bahasa Melayu perlu dilakukan dengan segera di SJK supaya tidak berlaku jurang perpaduan di antara pelajar SJK dengan Sekolah Kebangsaan.

“Bahasa Melayu amat penting kerana ia merupakan medium penyatuan rakyat dan juga identiti negara yang amat bernilai, dengan semua rakyat Malaysia tahu berbahasa Melayu, perpaduan akan menjadi lebih erat.

“Tiada alasan pengunaan bahasa Melayu diambil mudah walaupun di SJK sebaliknya pengajarannya perlu diseimbangkan dengan subjek bahasa Mandarin atau Tamil,” katanya menerusi laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan, Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata seramai 604 daripada 14,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2010 yang bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu, sedangkan ada antara mereka lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ujar Teo, bilangan generasi muda bukan Melayu yang gagal bertutur bahasa Kebangsaan dikhuatiri meningkat pada masa depan kerana hampir 90 peratus daripada mereka bersekolah di SJK.

Tiada ulasan: