Pelanduk dua serupa merupakan alasan paling mudah bagi 'menyelamatkan' reputasi sesetengah individu.
“Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ada pula yang saling tak tumpah macam Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
“Dan terakhir pula ada mirip wajah pendakwah politik popular PAS tidak bertauliah Ustaz Azhar Idrus,” sindirnya dalam entri terbarunya di http://zamkata.blogspot.com/.
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai klip video pendek yang menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz terkenal di atas katil bersama seorang wanita muda tersebar di laman sosial di Facebook dan YouTube.
Ustaz ini juga mempunyai pengaruh yang sangat besar dan tidak pernah gagal untuk menarik ramai peminat apabila memberi ceramah-ceramah agama di masjid atau majlis-majlis agama.
Zainuddin mendakwa pelanduk dua serupa seperti ini sungguh bernasib baik kerana ramai yang mempunyai muka seperti mereka.
“Jika tidak, mungkin karier politik mereka itu sudah lama berakhir,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu berkata, perkara seperti ini juga turut menunjukkan betapa kuatnya keimanan orang Melayu dan Islam di Malaysia yang tidak mudah percaya kepada sesuatu perkara keji dan buruk.
“(Ini) terutamanya yang melibatkan orang agama berbanding dengan orang bukan Islam di Amerika, Britain, Italy dan Singapura yang hanya atas berita tanpa video pun mereka telah menyingkirkan pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dengan skandal,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan