Penduduk bukan Orang Asal dan orang luar,
terutama dari Sarawak, menjadikan penduduk asal sebagai calon untuk
mendapatkan tanah-tanah NT.
Presidennya, Clarence Bongkos Malakun berkata, sebarang transaksi di mana tanah NT yang dijual secara langsung atau tidak langsung, termasuk melalui surat ikatan amanah atau penama kepada orang bukan Orang Asal, harus dihentikan.
Ini katanya adalah perlu bagi mencegah pertikaian mengenai tanah, terutama yang membabitkan geran NT.
“Kita perlu pertahankan tanah ini dan beri kesedaran kepada penduduk asal Sabah untuk mengekalkan tanah-tanah NT mereka demi untuk generasi akan datang. Jika tidak, kita juga bersalah kerana menjual hak-hak kita melalui tanah NT ini,” katanya.
“Oleh itu saya minta semua penduduk asal dan pihak berkuasa tempatan yang sedar ini berlaku supaya membantu menghentikan kegiatan ini dengan segera.”
Malakun mengulas artikel dalam sebuah blog tempatan bertajuk “Living off the Rape: The Lost Native Titled Lands to the Outlanders” yang mendedahkan bagaimana penduduk asal Sabah kehilangan tanah dengan menyewakannya sehingga 90 tahun, dan dalam beberapa kes, melalui perjanjian licik syarikat senarai awam dan malah oleh orang asing kaya seperti dari negara China.
Penulis blog mendakwa, beberapa syarikat besar dari semenanjung mendapatkan “hak milik” tanah penduduk asal melalui saluran undang-undang yang betul tetapi “tidak jujur” dengan mula-mula menyewakannya.
Modus operandi ini dikatakan bermula sekitar tahun 1990an dan amat berjaya dilakukan sehinggakan warga dari China pun mampu mendapatkan hak milik NT dengan mudah dengan hanya menubuhkan firma dan mengambil penduduk tempatan sebagai pekerja.
Pekerja ini dikatakan memegang aset-aset sebagai amanah. Idea ini diguna untuk memintas kelemahan undang-undang di mana tanah ditambah nilai dengan penanaman kelapa sawit atau tanaman lain untuk meraih keuntungan sehingga jutaan ringgit.
Blog itu boleh dibaca di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan