Untuk itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah akan menganjurkan wacana kali ke-33 bagi mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana mungkin ada perkara yang lebih besar daripada cabaran di atas yang perlu dirungkai.
Wacana kali ini akan membariskan panelis terkemuka iaitu Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth; Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Jufitri Joha; Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Bro Firdaus Wong dan Tokoh Pendakwah dan ahli akademik, Xifu Naser Abdul Rahman.
Sementara itu, wacana akan dikendalikan oleh moderator terkenal yang juga merupakan pemenang Imam Muda musim pertama, Imam Muda Asyraf.
Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan wacana kali ini yang akan bermula pada Rabu ini, 26 November 2014, jam 2.45 petang, di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini.
Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu itu juga boleh menghubungi Laila menerusi 019-331 0211 atau Mohd Fazli (019-280 8492) untuk keterangan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan